Berakhirnya zaman bendahara keturunan Megat Terawis Sultan_Iskandar_Zulkarnain

Zaman baginda merupakan penamat kepada keturunan Megat Terawis sebagai bendahara Perak. Pada zaman baginda ketika pembinaan pusat pentadbiran Perak iaitu Cempaka Sari ataupun Inderasakti, Bendahara Megat Abu Kasim yang merupakan Bendahara Perak ketika itu, telah meletakkan jawatan sebagai Bendahara Perak daripada keturunan Megat Terawis dengan menyerahkan baur kebesaran bendahara, sebab perletakkan jawatan Bendahara Megat Abu Kasim ialah kerana beliau tidak bersetuju dengan keadaan pusat pentadbiran Perak iaitu Inderasakti yang kurang sesuai.[Penjelasan diperlukan] Perletakkan Jawatan Bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri jawatan Bendahara yang semenjak turun-temurun disandang oleh keturunan Megat Terawis. Semenjak perletakkan jawatan bendahara oleh Megat Abu Kasim telah mengakhiri era Megat Terawis, dan jawatan bendahara pada zaman Sultan Iskandar Zulkarnain dan selepas zaman baginda dipegang oleh bukan keturunan Megat Terawis.